Wednesday, October 24, 2012

BERKORLAH KAMU :-D

 
Assalammualaikum wbt..

HARI RAYA AIDILADHA dikenali sebagai HARI RAYA KORBAN (berkorbanlah kamu sebelum kamu dikorbankan...hahahahaha) atau HARI RAYA HAJI yang disambut di seluruh dunia yang beragama islam. Ini merupakan perayaan yang terbesar selain HARI RAYA AIDILFITRI ...:-)


 

 Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yangbererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Hikmah YANG KITA dapat pada Hari Raya Aidiladha :-
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya. 
APAPUN AIEN NAK UCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
KEPADA SEMUA BLOGGER DAN SELURUH UMAT ISLAM..

1 comment:

  1. rasanya yg bermasam muka tu takleh lari kot..hehe

    ReplyDelete