Monday, December 31, 2012

Wah!!! Tahun 2013... Azammmmm newwww


Assalammualaikum wbt..

Tinggal beberapa jam je lagi kita akan menutup tirai tahun 2012, dan kita akan tukar tirai yang baru 2013...hohoho...  Macam biasalah bila kita menyambut azam yang baru... Kalau boleh semua benda nak baru ye tak... ???


Ok bila dah masuk tahun baru wajah mesti nak barukan... ( seperti gambar poyo diatas heeee... gilak cover gitu.... ) kulit mestilah nak lembut, nak gebu gitu.... hahahaha... Oppppssss... terlebih sudah memang tak penah gebulah... saya kulit itam manis kotttt!!!...

Tahun 2012 banyak pengalaman dan cabaran yang mematangkan aien... tapi kebudakan still tak boleh buang lagi heeee..... :P
Banyak masam dan manis berlaku sepanjang tahun nie... memang tak mugkin aien lupa...

Tahun 2013 nie kita tutup buku lama buka buku baru... Azam tahun ni banyak gak yang aien senaraikan...    ( Dah macam nak beli barang lah pulak nak senaraikan bagai hehehe... ) Kita mestilah ada target untuk melakukan perubahan, tak naklah terburu-buru semua yang aien azamkan insyallah akan lakukan slow-slow...

Perjalanan kita masih jauh lagi... azam yang tahun 2012 yang tak tertunai akan dibawa tahun 2013... hihihi...

Apa Azam korang??? Apa-apapun selamat menyambut tahun 2013... kita akan melangkah lebih jauh lagi...



Monday, December 17, 2012

LAlalalala... T_T

Assalammualaikum wbt..


Pakcik dan makcik sekalian... ( amboi-amboi mu nie aien suka sukimu je nak panggil orang makcik and pakcik hahahaha... Ooooopsss soreh-soreh ye... almaklumlah terperasan mudo nak panggil orang datok and nenek... Oooopsss soreh-soreh lagi hahaha... ) Nampak sangat aien nie ketandusan ideakan... nak berjenakapun tak reti apo ontah lagi buat lawak tak super bikin... rosak-rosak macam nie....

* sunyi


tiba-tiba * bunyit cengkerek yang entah mano muncul entah...


dahlah duduk sorang-sorang seram pulak dengar bunyit cengkerek nie... mengangu kentenagan awam betullah... ( aien sila hapuskan benda yang merasuk fikiran anda... hapuskanlahhhhhh... hapuskanlahhhh...lalalalalalala... Stop aien jagan nak meroyan malam-malam nie... T_T )


Itulah bila dah duduk sorang-sorang nie macam nielah jadinya... itulah terlebih tengok cerita Hantussss... tengok rambutmupun dah macam hantussss aien... mengembang semangkuk...


Confom hantusss tu lari tengok ko punya dengan tisu bertepik dekat muka... T_T

 

Seram lah pulak tengok rupa nie malam-malam nie... Ok... Bye... -_-"





Wednesday, October 24, 2012

BERKORLAH KAMU :-D

 
Assalammualaikum wbt..

HARI RAYA AIDILADHA dikenali sebagai HARI RAYA KORBAN (berkorbanlah kamu sebelum kamu dikorbankan...hahahahaha) atau HARI RAYA HAJI yang disambut di seluruh dunia yang beragama islam. Ini merupakan perayaan yang terbesar selain HARI RAYA AIDILFITRI ...:-)


 

 Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yangbererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Hikmah YANG KITA dapat pada Hari Raya Aidiladha :-
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya. 
APAPUN AIEN NAK UCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
KEPADA SEMUA BLOGGER DAN SELURUH UMAT ISLAM..

Tuesday, October 23, 2012

THAI SUDAH MARI...


Assalammualaikum wbt..



Abaikan muko budak poyos... dekat atas itu ye... :D Semenjak kerja ini pelbagai warganegara aien kawan... ( Sebelum itu nak tahu ke aien kerja apa???  ala.. aien cuma jadi kerani untuk bisnes kedai makan tak kurang hebatnya jugalah... hihihi...) kadang-kadang bahasa percakap kita itu kadang-kadang boleh mendatangkan kesukaran untuk bertutur... kalau kelantan itu aien memang dah biasa... tapi kalau bab dia orang cakap laju tu... Ya Allah... memang aien memanjanglah blerrrlah...  Kadang-kadang apa dia orang tanya aien, aien angok atau geling je... hahaha... lepas tu aien tanya kawan aien apa budak tu nak...??? kan kesengalan saya terselah disitu  =___="

Sekarang ni ada lak pekerja dari Thailand... Peh!! Dah lah aien sorang je pekerja melayu kat situ... duduk tercengang-cengah je kat situ... apa yang diorang cakap aien akan suruh diorang ulang balik apa yang diorang nak... "SORRY sila ulang balik apa yang awak nak???" hehehe... sopan tak aien, aien tanya dekat diorang dengan memek muka aien yang bleeerrr dekat situ... hahaha... sabo je lah...
Ok, perkata baru yang aien belajar dari diorang yang membuatkan aien selalu sangat blerrr... Kadang-kadang nak tergelak apa yang diorang cakap... nak caver malu punya pasal... hihihi... (karang keluar pulak bahasa thai vs jawo baru tahu... hihihi ?

ADO SUWAT KOBA = ADA SURAT KHABAR
TAK SEH = TAK NAK
GULE = GULA

Ishhh... banyak lagilah tak ingat aien... Diorang kalau aien mintak ulang apa yang diorang nak, diorang akan gelakkan aien... lepas tu cakap bahasa Thai diorang... ( Ha! kutuk aku lah tu... ayat nak tacing je.. :( )


Hahaha... amboi korang, mentang -mentang aien tak paham bahasa korang... duduk gelakkan aien ye korang, hampeh korang!!!... Selamat bermula alam pekerjaan ye aien ... Sekarang nie kerja kan susah nak cari... So rembatlah kerja yang ada depan mata... karang memilih karang susah pulak dah... Bak kata perpatah melayu yang dikerja tak dapat yang dikendong berciciran ye tak... ??? hihihihi...

Saturday, October 20, 2012

3D or 3DDD

Assalammualaikum wbt..

Lamanya aien tak melukis, sejak habis belajar malas dah nak pegang kertas dan pen. Kalau nampakpun buat-buat tak nampak je, sebab tak ada idea nak melukis... Feeling tak muncul lagi kot, Otak pun rasa kosong je... KOSONG! KOSONG! jew... (eleh macam lagu NAJWA LATIFAH tulah kosong... kosong...) Amboi pandai yo aien hang tukar namo glemo ea Latifah... Karang dye bom hang terus jadi NEGRO karang  tak pasal-pasal dicop sebagai pendatang asing... kah..kah..kah... Uuuuu... habislah kulit mahal saya... WArrrrkkkk...



Cantik tak lukisan kat atas tu... Macam 3Dkan??? Kalau tak nampak silalah ambik cermin mata bagi nampak kasik jelas punya... ( Kalau tak jelas meh cini aien bagi sewa my glasses aien, kasik terang itu biji mata ) hahahaha jeles ooo.. tengok gambar ini... Macam real je... Ai kau ni aien namo pun lukisan 3D mestilah nampak real... BETUL TAK???  Gambar tu aien ciplak kat facebook... Sebab aien rasa cantik sangat, aien apa lagi mulalah ambik PEN dan BUKU... Konon nya nak gaklah buat macam gambar tu... (Ish... tak nak mengalah jugalah katakan... ) :P


Hasilnya macam kurang memuaskan...??? macam ada yang kurang... Tak kesahlah janji aien dah cuba buat.. Tapi macam kelakar je... Bila tengok... rasa nak buat bentuk lain lain pulak yang jadi... :-( Boleh lah dari kau gigit jari tak dapat buat seperti lukisan di atas sekali ye dak... hahahaha... Tapi macam ada nak kena tambah cikit kot rasa-rasa nak tambah apa ye...:-)


Tada... Bila duduk tenung gambar tu sampai juling biji mata aien bila duduk tengok lukisan tu... pusing kiri, pusing kanan atas bawah.... Buat macam tempat itu merekah-rekah... tapi tak jadi lak... sabo jelah...
3D jadi 3DDD....  :P